• web banner v3

 

Seminar Terjemahan & Interpretasi Antarabangsa 

(ISTrI) 2018

 

Selamat Datang

Kami mengalu-alukan pelawat ke laman sesawang Seminar Terjemahan dan Interpretasi Antarabangsa 2018. Seminar ini dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI) Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama The Graduate School of Translation and Interpretation, Beijing Foreign Studies University, Beijing, dan akan diadakan pada tarikh 17 hingga 19 Oktober 2018 di Pulau Pinang. Tema utama seminar ini ialah “Teknologi dan Media dalam Terjemahan dan Interpretasi: Trend Semasa, Isu dan Cabaran”. 

Sehubungan itu, kami mengalu-alukan pembentangan yang menyentuh segala aspek teknologi dan media dalam penterjemahan dan interpretasi. Topik-topik mencakupi, tetapi TIDAK terbatas kepada:

  1. Penggunaan Teknologi dan Media dalam T&I;
  2. Penterjemahan Audiovisual;
  3. Sumber Khalayak dalam Penterjemahan;
  4. Lokalisasi, Pengantarabangsaan dan Globalisasi;
  5. Bahasa, Media dan Masyarakat;
  6. Isu Bahasa dan Budaya;
  7. Pengajaran dan Pembelajaran T&I dalam Era Digital;
  8. Trend Semasa, Masalah dan Prospek dalam Pendidikan dan Pelatihan T&I.

Peserta
Seminar ini terbuka kepada semua ahli akademik, pelajar pengajian penterjemahan, golongan profesional dan orang awam dari dalam dan luar negara. 

ORGANIZERS

  • USM v
  • terjemahan logo
  • BFS

Join our social media

FB